Tuesday, November 8, 2011

ayuh bangkit



Tak dapat balas dendam ! Malaysia semalam, sekali lagi gagal untuk menang lawan Singapore. Walaupun result semalam seri 0-0, tapi bagi aku kita tetap kalah. Rata-rata pemain Malaysia, banyak pengalaman berbanding pemain-pemain Singapore. Daripada goalkeeper sampai ke serangan, kita ada pemain bergelar Harimau Malaya, bukan sekadar Harimau Muda. Sedangkan Young Lion, rata-ratanya pemain yang masih muda dan cetek pengalaman.
             
Bagi aku ketiadaan Wan Zack Haikal dan Gary Steven amat dirasai, khususnya pada bahagian midfield dan serangan. Ahmad Fakri Saarani semalam main di bawah keupayaan sebenar, dan bahagian tengah Malaysia agak kurang kreatif. Sekadar perbandingan dengan skuad emas 2009, bahagian tengah masa tu diterajui Safiq Rahim, jadi memang skuad kita boleh kuasai tengah, atau sekurang-kurangnya dapat serap tekanan dengan baik. Mungkin dengan kehadiran K.Gurusamy untuk game lepas ni dapat ubah sikit rentak pasukan kita.

Apa-apapun perjuangan baru bermula. Dan aku yakin rata-rata penyokong Malaysia, masih menaruh harapan yang tinggi untuk skuad kita menang pingat emas. Jangan cepat menyerah kalah atau putus harapan. Kalau kita imbau balik kejayaan skuad  K. Rajagobal dalam Sukan Sea 2009 dan AFF 2010, Malaysia memang bergelut dalam peringkat kumpulan, tapi bila sudah masuk peringkat separuh akhir, skuad kita terus dapat form yang semua orang suka nak tengok.  Jadi dengan adanya Khairul Fahmi, Muslim, Fadhli Shas, Asra, Gurusamy, Badrol dan rakan-rakan yang lain, tak mustahil sejarah dan skrip yang sama bagi skuad kita akan berulang di bumi Indonesia.

Tanah Tumpahnya Darahku!

No comments:

Post a Comment