Tuesday, November 12, 2013

ANTARA MANFAAT PEMBENTANGAN BAJET 2014 DAN MANFAAT KHUSUS UNTUK PELAJAR UNIVERSITI



Seperti yang sudah diketahui, baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita dan pengumuman Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak yang merupakan Menteri Kewangan di Malaysia.

Antara Bajet 2014 untuk para pelajar khususnya pelajar Universiti sama ada IPTA mahupun IPTS ialah :
  • Kerajaan meneruskan program Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi dan pra universiti sebanyak RM 250 seorang.

  • Kerajaan memperuntukkan RM325 juta kepada 1.3 juta pelajar seluruh negara untuk BB1M.

Banyak manfaat yang boleh para pelajar perolehi antara contoh adalah:

- Menggunakan segala manfaat yang telah diberikan untuk proses pembelajaran. Antara contoh dengan mengunakan BRIM (baucer buku 1 malaysia) pelajar boleh membeli buku rujukan untuk sesuatu pelajaran yang dipelajari

- Dengan adanya bantuan ini, semua pelajar ataupun mahasiswa tidak akan terasa beban apabila berada di sesuatu pusat pengajian dan boleh dijadikan sebagai bahan tambahan kepada pelajar.

- Tidak perlu menggunakan wang yang banyak untuk membeli buku pembelajaran.

  Antara
kesan yang mungkin berlaku hasil daripada Bajet 2014 untuk para pelajar ialah:

- Pelajar berkemungkinan akan menggunakan baucer buku tersebut untuk membeli perkara yang tidak berguna seperti membeli benda yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Contohnya, pendrive, majalah hiburan dan komik. Ia bukan sahaja membazirkan wang kerajaan malah akan melalaikan kepada pelajar.

Secara kesimpulannya, bajet yang diperuntukkan untuk pelajar mestilah seiring dengan keperluan semasa seseorang pelajar bukan keinginan semata-mata. Kerajaan seharusnya memperuntukkan wang untuk kebaikan yang lebih baik kepada pelajar khasnya pelajar Universiti.