Tuesday, November 12, 2013

ANTARA MANFAAT PEMBENTANGAN BAJET 2014 DAN MANFAAT KHUSUS UNTUK PELAJAR UNIVERSITI



Seperti yang sudah diketahui, baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita dan pengumuman Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak yang merupakan Menteri Kewangan di Malaysia.

Antara Bajet 2014 untuk para pelajar khususnya pelajar Universiti sama ada IPTA mahupun IPTS ialah :
  • Kerajaan meneruskan program Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi dan pra universiti sebanyak RM 250 seorang.

  • Kerajaan memperuntukkan RM325 juta kepada 1.3 juta pelajar seluruh negara untuk BB1M.

Banyak manfaat yang boleh para pelajar perolehi antara contoh adalah:

- Menggunakan segala manfaat yang telah diberikan untuk proses pembelajaran. Antara contoh dengan mengunakan BRIM (baucer buku 1 malaysia) pelajar boleh membeli buku rujukan untuk sesuatu pelajaran yang dipelajari

- Dengan adanya bantuan ini, semua pelajar ataupun mahasiswa tidak akan terasa beban apabila berada di sesuatu pusat pengajian dan boleh dijadikan sebagai bahan tambahan kepada pelajar.

- Tidak perlu menggunakan wang yang banyak untuk membeli buku pembelajaran.

  Antara
kesan yang mungkin berlaku hasil daripada Bajet 2014 untuk para pelajar ialah:

- Pelajar berkemungkinan akan menggunakan baucer buku tersebut untuk membeli perkara yang tidak berguna seperti membeli benda yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Contohnya, pendrive, majalah hiburan dan komik. Ia bukan sahaja membazirkan wang kerajaan malah akan melalaikan kepada pelajar.

Secara kesimpulannya, bajet yang diperuntukkan untuk pelajar mestilah seiring dengan keperluan semasa seseorang pelajar bukan keinginan semata-mata. Kerajaan seharusnya memperuntukkan wang untuk kebaikan yang lebih baik kepada pelajar khasnya pelajar Universiti.

Saturday, October 26, 2013

Petua: Mengatasi keracunan makanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Ini adalah entri pendek, sekadar ingin berkongsi bagaimana untuk mengatasi sekiranya anda mengalami keracunan makanan. Kebiasaannya jika anda berada di kampung, air kelapa muda akan dijadikan penawar mudah yang sememangnya berkesan, namun begitu, sekiranya kita berada di bandar, memang sukar untuk mencari air kelapa muda yang segar kecuali membeli dari pasaraya-pasaraya atau sesetengah restoran yang menyediakan buah kelapa muda ini.
Namun begitu, satu lagi cara mudah untuk anda mengurangkan kesan keracunan makanan tersebut iaitu dengan memakan ikan sardin mentah. Anda hanya perlu membeli satu tin sardin kecil, kemudian keluarkan ikan dari tin tersebut, dan kunyah ikan tersebut mentah-mentah. Jangan campur dengan bahan-bahan lain, insyaALLAH, dengan izinNya, kesan keracunan makanan anda akan beransur kurang selepas memakan ikan sardin mentah tersebut. Mudah bukan? Tambahan pula membeli juadah di pasar-pasar malam untuk dijadikan menu pembuka selera, pasti ada yang membeli belah sesuka hati di pasar-pasar malam dan menjadi mangsa keracunan makanan disebabkan sesetengah penjual yang tidak bertanggungjawab yang mengabaikan kebersihan persekitaran semasa menyediakan makanan tersebut.

Tuesday, October 1, 2013

MERDEKA - PERJUANGAN DAHULU, KINI DAN MENDATANG

Rakyat Malaysia sudah pun menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 56. Bagi sebahagian besar warga negara Malaysia yang berusia melebihi 40 tahun, kemerdekaan membawa erti yang amat bermakna kerana dapat merasai dan mengalami perubahan serta pembangunan yang dilalui oleh negara ini.

Perjuangan mencapai kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang cukup besar yang tiada nilainya. Ada yang berkorban nyawa, harta benda dan terpisah dari keluarga hanya kerana mahu memerdekakan negara yang tercinta dari cengkaman penjajahan. Rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bersatu berjuang menentang penjajah.

Tidak dapat digambarkan kesengsaraan, penderitaan dan kepayahan alam kehidupan ketika itu. Dari apa yang diceritakan oleh generasi bergelar datuk/nenek, ia cukup menggerunkan dan bagi mereka biarlah mereka sahaja yang melaluinya demi kesejahteraan anak cucu di era ini.

Semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara melebihi segala-galanya. Ini membuatkan mereka tidak takut kepada musuh dan langsung tidak gentar untuk menggadaikan nyawa demi negara ini.

Kesemua pengalaman ini tidak wajar menjadi bahan sejarah semata-mata untuk tatapan generasi muda. Ia wajar disemai dan ditanamkan jauh di lubuk sanubari setiap warga negara Malaysia. Cara dan kaedahnya bukan setakat dalam bilik-bilik darjah malahan perlu lebih dari itu. Segenap lapisan masyarakat termasuk pimpinan politik, guru, tokoh agama, media massa, sejarawan, penerbit-penerbit filem dan sebagainya perlu menjiwai semangat kemerdekaan dan memainkan peranan masing-masing agar ia diwarisi generasi muda pada hari ini.

Perjuangan memartabatkan kemerdekaan pada hari ini telah seakan-akan menjadi perjuangan mencapai kemerdekaan di era 40-an dan 50-an. Generasi muda pada hari ini dilihat semakin hari semakin jauh dari semangat kemerdekaan. Rata-rata menganggap hari kemerdekaan ini sebagai hanya cuti umum yang bukan sahaja tidak diketahui malahan tidak dirasai maknanya.

Kejadian memijak dan melumur najis ke atas bendera Malaysia oleh segelintir rakyat Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta benar-benar menghiris sanubari semua rakyat. Ini kerana maruah dan kedaulatan negara seakan-akan dicabar. Tambahan pula ia berlaku di bulan kita menyambut kemerdekaan negara tercinta.

Jika diteliti dan ditanya kepada generasi muda, sebilangan besar tidak merasai apa-apa pun bila melihat kejadian tersebut dipapar di kaca-kaca televisyen. Ia dianggap sebagai perbuatan biasa dan bagi mereka bendera tidak melambangkan apa-apa simbol.

Ia amat menyedihkan. Di manakah silapnya kita selama ini sehinggakan melahirkan generasi muda yang langsung tidak mempedulikan semangat kecintaan pada negara?

Ketirisan dalam semangat kecintaan kepada negara (patriotisme) ini bakal mengundang malapetaka yang lebih besar jika tidak dibendung segera. Natijah yang paling besar di mana  generasi muda hari ini akan mudah ditanamkan dengan semangat kebencian terhadap kepimpinan yang ada.

Selain itu, semangat perpaduan yang kita pupuk selama ini antara masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa akan mudah bertukar menjadi semangat perkauman yang kuat. Tambahan pula, senario politik semasa jelas memperlihatkan bahawa semangat perkauman bebas dijadikan alat untuk mengapi-apikan rakyat bagi tujuan politik pihak-pihak tertentu. Hak-hak orang Melayu sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia kini sudah mula dipertikaikan. Kontrak sosial yang mendasari semangat perpaduan selama ini mula diketepikan. Telah ada cabar mencabar sama ada dalam Kerajaan mahupun oleh parti-parti perkauman seperti DAP dan PKR terhadap keistimewaan masyarakat bumiputera di negara ini.

Perjuangan dan mainan politik di era ini amat menggerunkan. Ahli-ahli politik sudah tidak pedulikan maruah, martabat dan kedaulatan negara. Sudah tidak pedulikan keharmonian, kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Apa yang dipentingkan adalah “kuasa memerintah”. Mereka sanggup menjual maruah negara dengan mencerca negara di peringkat antarabangsa, mempertikaikan hak masing-masing, mengapi-apikan perkauman, melaga-lagakan rakyat, tuduh menuduh antara satu sama lain demi mencapai hasrat dan cita-cita menjadi pemimpin.

Perjuangan politik hari ini bukan lagi perjuangan memartabatkan bangsa dan negara. Ia lebih kepada perjuangan memartabatkan kuasa dan kekayaan keluarga, kroni dan diri sendiri. Oleh sebab itu juga, ada kalanya amat sukar untuk seseorang pemimpin melepaskan jawatannya dan melakukan apa sahaja untuk terus kekal berkuasa. Kuasa adalah segala-galanya sehingga mereka lupa akan tanggungjawab yang harus dipikul.

Kalau dahulunya, kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu adalah tertinggi dalam Perlembagaan Negara, namun hari ini, institusi raja turut dipermainkan. Ada segelintir masyarakat yang mula berani mempersendakan institusi yang menjadi tunggak kepada agama Islam dan ketuanan Melayu ini.

Sempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang 56 ini, saya menyeru kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia khususnya orang-orang Melayu akan bersatu dan sedarlah dari mimpi indah mereka selama ini. Tanamkan lah semangat cinta pada negara di kalangan anak-anak muda agar kedaulatan negara ini terus dipertahankan dan bangsa Melayu terus menjadi teraju kemakmuran Malaysia.

Saturday, March 9, 2013

ALHAMDULILLAH !

heyy geng ! wish me luck for selection untuk pasukan kl spa (suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia) ye. hasrat/cita-cita dari kecil untuk bermain untuk pasukan negara masih clear lg. aiman akan buat yang terbaik supaya cita-cita aiman akan dapat direalisasikan. myb kl spa yang bermain dalam liga perdana (malaysia) adalah pasukan permulaan bagi kerjaya aiman dalam sukan yang diminati dari kecil ini. segala rintangan atau halangan kelak akan aiman tempuh. selain dari bermain untuk pasukannya, kl spa juga menawarkan kerja mengikut kelayakkan aiman sekarang. kerja tu sebagai backup if apa2 terjadi kepada permainnya nanti. maksudnya kalau jadi apa2 time main bola injured teruk or apa2 ke kitorg still ada kerja nanti, yang penting kerja tu goverment. alhamdulillah :D

Wednesday, March 6, 2013

MALAYSIA HERO !







Pray for Lahad Datu !



Takziah buat keluarga Anggota Keselamatan yang terkorban dalam Operasi Ops Sulu / ops daulat di Lahad Datu Sabah.




 Berhenti Mencari Siapa yg Salah, sebaliknya Sama samalah kita mendoakan keselamatan

 Insyaallah. Aminn #saveMALAYSIA



Monday, December 3, 2012

yahooo HARIMAU MALAYA ! #affsuzukicup2012


alhamdulillah !! Tahniah team harimau malaya yg sekali lagi melangkah ke semi final . mmg syokk la sejak dua menjak ni tgk harimau malaya main . tp sebelum nk masuk ke semi final ni , harimau malaya nampak gonyang bila bertemu singapore dalam perlawanan pertama piala aff suzuki 2012 . maybe time tuu anak buah coach gopal ni tgh cari rentak kot . lima bintang kepada kawanku wan zack haiqal !! well done bro . kau mmg super ! tak sia2 pahang lahirkan player berbakat mcm kau . hehe . but not in form sekarang apek laa . knpe dia ni cam ayam sangat, dlu power sgt . ultras malaya mmg steady !! penonton2 lain pn steady jg . rasa bangga bila tgk smue still bg support walaupun mula2 harimau malaya nampak goyang . to all malaysian jgn lupa kita penuhkan stadium SNBJ sabtu ni , jum bg SUPPORT 100% ok . kita akan bertemu thailand . kacang jee tuu (: . anyway goodluck oke TEAM MALAYSIA ! TANAH TUMPAHNYA DARAHKU