Saturday, October 26, 2013

Petua: Mengatasi keracunan makanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Ini adalah entri pendek, sekadar ingin berkongsi bagaimana untuk mengatasi sekiranya anda mengalami keracunan makanan. Kebiasaannya jika anda berada di kampung, air kelapa muda akan dijadikan penawar mudah yang sememangnya berkesan, namun begitu, sekiranya kita berada di bandar, memang sukar untuk mencari air kelapa muda yang segar kecuali membeli dari pasaraya-pasaraya atau sesetengah restoran yang menyediakan buah kelapa muda ini.
Namun begitu, satu lagi cara mudah untuk anda mengurangkan kesan keracunan makanan tersebut iaitu dengan memakan ikan sardin mentah. Anda hanya perlu membeli satu tin sardin kecil, kemudian keluarkan ikan dari tin tersebut, dan kunyah ikan tersebut mentah-mentah. Jangan campur dengan bahan-bahan lain, insyaALLAH, dengan izinNya, kesan keracunan makanan anda akan beransur kurang selepas memakan ikan sardin mentah tersebut. Mudah bukan? Tambahan pula membeli juadah di pasar-pasar malam untuk dijadikan menu pembuka selera, pasti ada yang membeli belah sesuka hati di pasar-pasar malam dan menjadi mangsa keracunan makanan disebabkan sesetengah penjual yang tidak bertanggungjawab yang mengabaikan kebersihan persekitaran semasa menyediakan makanan tersebut.

No comments:

Post a Comment